Assalamualaikum dan selamat sejahtera [GH] ucapkan kepada semua.
Sebelum itu, [GH] memohon maaf dari pembaca jika kami membuat anda tertunggu-tunggu dengan artikel terbaru daripada kami. Kami masih ada, cuma agak sibuk dengan dunia realiti.
Baiklah, untuk harini [GH] akan kongsikan 1 software yang berguna untuk semua pengguna Windows 7 yang diberi nama Logon Changer for Windows 7 oleh Tweaks.com. Haaa, apa kelebihan Logon Changer ni dan apa itu Logon Changer ni? Mari [GH] terangkan.
Logon Changer merupakan 1 software yang telah dicipta oleh seseorang. Tujuan logon changer ini dicipta ialah untuk membolehkan para pengguna Windows 7 untuk menukarkan gambarajah yang sedia ada pada logon screen kepada gambar yang dikehendaki. Dan itulah kelebihannya. Berminat untuk gunakannya? Klik SINI untuk download.
Dibawah ialah tutorial untuk menggunakan Logon Changer yang telah [GH] sediakan khas untuk pembaca.
Langkah 1 - Extract fail yang telah didownload tadi dan buka Logon Changer dan klik buttonChange Logon Screen
Langkah 2 - 'Browse' gambar yang anda ingin ia terpapar di logon screen dan klik buttonOpen.
Langkah 3 - Klik button Ok sehingga selesai dan klik pula button Test untuk preview. Kalau tidak mahu preview, klik sahaja button pangkah dan restart.
0 komentar:
Post a Comment